Sunday, 3 April 2011

My best friend's wedding

hola semua..entri kali ni sebenarnya dah lama..tapi baru sekarang nak post. Bila tengok blog orang lain ada cerita pasal wedding best friend diorang, aku terpikir, "a'ah ek..tak cerita pun pasal tu". Kebetulan tengah ada mood nak post kan?

kt bilik pengantin..she is beautiful isn't she? =)
yeah, itulah kawan baik aku. Berkawan since sekolah lagi. Seorang yang sangat tegas dan berfikir panjang. DAN, dia SANGAT obses suka makan telur even masa makan berdamai. haha..oklah,aku cerita ikut flow ye.

Majlisnya 6 Mac lepas, hari ahad. Bernikah pada pukul 9 pagi kat masjid Desa Cemerlang. Aku naik kereta dengan family aku sebab nak angkut hantaran. Hantaran Huda (my best friend) semuanya parent aku yang buat termasuk sirih dara.*flattered* Masa nikah, aku duduk belakang Huda je. Tak berkelip mata sebab tak nak terlepas even a second pun saat tu. Seronok, happy plus lega. Heh, macam aku plak ayah dia kan? Alhamdulillah, dengan satu lafaz je diorang dah sah sebagai suami isteri. Pak imam kata, "buat macam biasa" kat Napi. Well, inilah yang buat kitorang pecah perut pagi tu. Belum sempat photographer ambil gambar Huda cium tangan suami dia, Napi dah nak cium dahi Huda. Tok imam cakap, "bawak 'bersabar' ye.." semua dah ketawa berdekah-dekah time tu.Napi..Napi..hehe.And then, mulalah babak bersalam-salam..Tak tahulah kenapa, tapi aku menangis sekali. Menangis gembira agaknya..sebab aku pun tak faham perasaan time tu.

Napi balik rumah semula, datang untuk majlis pukul 3 nanti. Memang agak lambat sebab Huda nak sanding lambat. Tunggu lepas zohor katanya..=) Tetamu mula datang start pukul 11 pagi lagi. diorang ingat pengantin bersanding tengah hari. Adik-adik aku sibuk tolong angkatkan pinggan-pinggan yang kotor.Ada karaoke sekali time tu. Kesian tengok takde orang layan pakcik dj tu, aku dengan member-member pergi nyanyi. Huish malu...First time nyanyi kat tempat open..Confident je suara sedap kan??haha..And then member time sekolah makin ramai yang datang..Kitorang memang jumpa time wedding je..so mulalah celoteh-celoteh..Ada yang sanggup tunggu sampai waktu bersanding..Aku plak sibuk sebab pengantin lelaki tak sampai lagi padahal hari dah nak hujan. mak Huda jangan cakaplah, macam lipas kudung dah ke hulu ke hilir. Dalam pukul 3 lebih, pengantin lelaki sampai..aku and member-member buat tol dekat degan Huda. Tak silap aku, ada dalam 4 tol semuanya..Kopaklah kau Napi..haha
tol maju..hulur je tangan,semua dapat.tak payah pantun mantun dah..haha
Huda plak dah tunggu dekat pelamin..sampai je dekat tol aku, time tulah nak hujan..memang saja je..Pendekkan cerita,diorang pun bersanding..Huda minta aku tepung tawar..aduh!Pegang tepung pun jarang,nak tepung tawar? Aku pun dengan muka confident pergi jelah naik atas pelamin. Risau jugak runtuh pelamin tu..huhu..Dengan penuh semangat aku renjis kat muka Napi, tapi takde air pun..Napi dah pejam mata dah.haha..Lepas tepung tawar, mulalah sesi bergambar..
baju 1st..semua orang terkejut tengok Huda..sebab sangat lain..

baju 2nd..
And then macam biasalah ada makan berdamai and potong kek..time makan berdamai aku tak sempat ambil gambar..Yang penting, dia seboleh-boleh nak telur juga..hehe..Masa sesi potong kek, Huda buat muka, "tak sedap" Semua gelak..aduh..buat-buat je;ah sedap sayang oii..Mahal tu..Tapi memang kek tu sangat keras..Nak potong pakai pisau plastik kek tu pun tak lut..pergh..betapa..
yum..yum..dalam dia coklat tau..
lepas tu bolehlah dikatakan majlis tamat..aku bz lagi time tu..tukar baju semua..penat..esoknya 1 hari aku tak pergi kelas..Tidur memanjang..Mimpi kahwin..hahaha




3 comments:

what do you wanna say?

There was an error in this gadget