Thursday 21 April 2011

Bosan @ Boredom


Helo guys and girls..Actually aku takde mood nak buat entri lately. Banyak benda happen this week. Benda-benda yang buatkan aku rasa nak bakar je tempat aku study ni. Segala maki hamun bukan sebakul, satu lori agaknye aku dah hambur. Bengang plus tak puas hati plus rasa dianak tirikan. Huh..Tapi menangis air mata darah pun tak guna kalau aku tak try cari solution. Well of course kita kena nangis dulu. Then tengok movies, dengar lagu. Heh banyaknya prosedur nak bagi aku tenang-setenangnya untuk cari solution. Words 'baik aku mati' terngiang-ngiang gak dalam unstable mind ni tapi aku bertahan untuk dia & mereka yang aku sayang. Tugas aku belum selesai lagi, mana boleh aku pergi macam tu je.

Masa macam ni lah juga orang yang aku hormat buat hal. Ah tolonglah...bukan sekarang,boleh?tenaga yang ada cukup untuk bertahan je, takde yang tinggal untuk perjelaskan hal yang tak wujud. This is why aku tak suka post entri bila emosi tak stabil. Aku akan jadi orang yang SANGAT memboringkan plus sarcastic. Damnation! Maki hamun semuanya just luahan. Takkan boleh ubah pape. Tapi kalau luahan tu mampu buat aku tenang walau sedikit pun, itu dah lebih dari cukup. Exam? HAHA. Macammacam aku buat untuk fokus dalam masa 'study week' ni tapi lingkup. At last, aku buat apa je aku nak ikut hati.Manjanya aku, setakat dugaan macam ni pun tak boleh nak cope? Baru diacah sikit dengan masalah, dah tak boleh fokus? yeah, i'm a loser.
Penantian suatu penyeksaan. Hell, damn right. Tak kiralah apa yang kita tunggu. Aku dah cukup suffer dengan 1 penantian, kau nak tambah dengan lagi 1? Kau memang sangat keji. "Be strong, big girls don't cry..."yeah, selalu teringat lirik ni but then ironinye makin lebat hujan dari mata ni. Maybe bagi kau ni just nothing. Tapi pernah tak kau fikir NOTHING bagi kau, EVERYTHING bagi aku? aku belajar dari hidup. and aku tau apa je boleh jadi dalam masa 3 bulan. Sama macam mana hidup aku berubah 180 degree bila cuti 3 bulan dulu. so don't you just think its damn only 3 months. how the hell kau nak aku hidup kat situ, somewhere yang even 3 hari pun aku barely tahan? Tolonglah jangan seksa aku macam ni.

Bila aku datang, kau kata "belum ada jawapan" dengan muka yang sangat jemu asyik nampak muka aku. Hell yeah, kau akan muak tengok aku sampai aku pasti dengan apa yang kau janji. Aku telefon, orang lain yang angkat. Maybe kau nak aku jadi si Jebat, mengamuk bagai orang gila kat situ baru kau nak terbeliak mata? Aku dah penat dengan semua ni. 1 benda lagi yang aku tak faham, kenapa berdikari tu seumpama berpaling dari kau, orang yang aku hormat selama ni? sedangkan aku cuma tak nak susahkan kau yang sepatutnya berehat je kat rumah and serahkan urusan cari duit kat aku?

Aku masih belajar..itu sebab yang utama and aku sedar tu. Tapi aku jugak sedar dah sampai masanya. Hal ni menyesakkan aku, buatkan aku tak betah nak duduk lama-lama. Terasa macam aku pejam mata dari tugas aku. Huh..mungkin ni lah hidup. Teruskan walaupun perit. Sekurang-kurangnya aku tau ada seseorang kat luar sana yang perlukan aku seperti aku perlukan dia. Cuma itu saja kekuatan aku yang tinggal

Monday 18 April 2011

Dunia Lelaki Maskulin

credit to:DLM
Oops sori ye..header tak boleh nak besar2 nanti tak nampak pakcik abang2 handsome kat tepi2 tu..ehehe. kalau nak tau blog ni pasal apa, sila rujuk nama blog ye..Tapi tak bermaksud ni restricted area untuk girls.Just it focus more on guys. Baguslah, senangkan?rujuk sini je kalau musykil or gaduh cuba nak faham your lovey dovey hubby. Maybe tak 100% but atleast give u some useful info,rite?somewhere to start? so, aku pun patut berjinak-jinak dengan this blog cause actually suka baca benda2 gini..oklah, tak banyak nak cerita. Lagipun katanya, tulis sedikit je.Kita kena ikut arahan..eheh.nak joyah2 sekalian jenguk gak blog ni ye! kiratbubblykekutu

Thursday 14 April 2011

UBM- Universiti Blogger Malaysia


Hye alls..tadi aku jalan-jalan cari pasal kat blog member. Yelah, follow tapi teramatlah jarang nak jenguk. Aku seorang kawan yang sangat tak bagus. yeah,ok fine. But, that's not the main story here. The main thing is about the picture up there. Nice! Nak masuk! macam meronok-ronok je kan? kehkehkeh. Dia ada minggu hibernasi orientasi juga tau. (assignment yang dah sedia ada tak terbuat nak menambah lagi kan.) =_=" owh tak pe, sebab i like blogging neyh! So kita go on ye cute-cute sekalian~

Nama anda & blog

(ala-ala ice-breaking kat sekolah dulu)
Nama saya pi3r4w. pi3r4w tu bukan stands for putri or yang seangkatan dengannya ye tapi Pyro. ye,nama saya memang cacat tapi comel and unik and... Actually before ni dah pernah ada blog tapi disebabkan cepat sangat boring asyik tukar-tukar je (mentang-mentanglah free). so, this is my dearest lovey dovey blog, selepas 3 malam keliwon(muahaha), akhirnya blog ni diberi nama d' memoirz of me...

Sejak bila mula berblog

Mula berblog sejak saya minum coolblog kat JJ Tmn U. (ye saya memang suka merapu)
err..sebenarnya mula berblog sejak saya di matriks maknanya dalam 3 tahun lepas. Tapi time tu buat blog kat myspace sebab tengah obses hot dengan myspace kan sampai tak nampak dah bloger neyh.ehehe..


Pandangan mengenai dunia blog darsawarsa kini


Pandangan ye? hmm..seriously, (oh saya sangat susah nak serius,ini sangat rare!) duina blog sekarang dah makin meluas berbanding masa mula-mula start kenal blog. Time tu blog cuma digunakan untuk personal life. But now, dah ramai yang gunakan blog untuk info-info bernas lagi hemah dan bertauliah (apakah?) which is great. Plus, blog sekarang unpredictable. Boleh buat duit, boleh buat gaduh jugak(erk,tertusuk!), and gosip-gosip joyah (akulah tu). And,apa yang aku perasan people be theirself when they blogging. Dekat luar diam, comel, mata berkaca-kaca tapi bila baca blog dia...hambik ko! Habis semua orang dia maki. (statement ini tidak ada kene mengena antara yang hidup atau yang mati) AND its kind of weird but just reading their blog, you feel like you know them for years eventhough you never meet them in real life.


Pandangan mengenai IPTM


hmm..IPTA dah berjaya masuk, IPTS plak tak mampu nak masuk.(ekeke) IPTM plak gerenti masuk! sebab..sebab..perlu ke sebab?ades..yelah2, IPTM ni sangat bagus especially untuk rookie macam saya ni lah. Tak ada guideline, main redah je blogging. Just belajar from experience and mistakes. Oleh sebab itu, (aduh skemanya!) IPTM ni memang bagus memandangkan blogger-blogger di Malaysia ni pun bukannya sikit. Dapat kumpul semua blogger-blogger, boleh sharing-sharing pape je yang bernas. Plus, kadang-kadang blogger-blogger baru yang comey macam saya malu or segan-silu padahal malas nak tanya blogger veteran yang lain-lain so IPTM ni memang platform yang sesuai sangat-sangat.


Ok, panjang lebar dah cerita, now sambung dengan assignment UTM plak..Owh tak mau!!! (amboi,assignment UBM laju je buat)

 

Monday 11 April 2011

Must-Have Novels 2011

hye cute girls and handsome boys..
This time i'll share about what are must-have novels you should have if you already read all your favorite author's books. But of course this is based on my liking so don't get emotional if your favourite one don't listed here..ahaha. And by the way, i love not typical love story, epic love story. That's why i ADORE Jude Deveraux.Her books are divine, none have expect story endsand you just feel like you want to just read the end page cause you hate how slow you read the book like me.-_-"

Actually, this is what must-have novels that I should have because my old beloved library here don't have much choice so have to buy or else i'll be as old as itself.huhu

credit to:fantasticfiction
This is a novel by Jude Deveraux (ahhhh!!getting excited suddenly), released during last month of 2010. This story is one of her 'road trip' novels because Cay (the heroine) and Alex (the handsome and cool hero) experienced a journey in order to seek justice for Alex because he was accused of killing his own wife. At first, Cay is practically kidnap but then she's the one who help him to prove his innocent. Both of them are totally different in the way they speak and clothes but love at first sight change everything.Well, i dont know much about this novels cause if i do it wont be 'Must-Have novels' wouldn't it?so buy this book now and lend me after you finish read it!haha

cecelia-ahern.com
I love cecelia ahern's books. Its different and the story starts when the character's life end make you think and aware that every end of your life is a new beginning to something else. This story starts when Tamara and her mother loss their wealthiness and have high debt because her father died causing them to sell everything in order to settle the debt. When her mother cant handle the pressure and become emotionally unstable and her aunt who she living with after the incident bothers her so much, she knows that she need something to keep her to hold on. When a travelling library passes, she found a book that bring her life a new adventure. Oh gosh, just reading the reviews already make me dying to read this book. Definitely must have!

So guys, i don't like have an entry that so long until you have to scroll down with sigh (because i hate that too). There's a lot more that i want to share with you guys but we continue later AFTER this MUST have books become your ALREADY have books,ok?haha..see ya!


Monday 4 April 2011

Dance!

hye2 no bye2 to all..hehe
this time nak cerita pasal apa? yeah,dance! Semalam baru je habis kelas tarian kat my kolej. Nama saintifik dia; WARISDA..stand of..er..kurang pasti tapi belajar tarian melayu primitif tradisional. Seronok kelas ni sebab aku memang dah lama tak menari-menari ni. Asyik-asyik head banging je..(padahal dengar lagu rock kapak). kitorang belajar seminggu sekali selama 3 minggu je. Cepat, yeah kitorang memang genius tak sedar diri.kah3
bergaya dengan baju tarian kolej..heh
Overall jelah cerita sebab Mek Yam dah sibuk main pusing-pusing kerusi sebelah aku lepas tu bising pening.(cari penyakit) Ok, first time datang, aku ingatkan yang tenaga pengajar(aduh skemanya ayat) seorang lelaki, lembut and dah agak berusia. BUT, tetiba je bagaikan di spotlight, dia masuk. Aduh, student lagi rupanya, AND tak lembut..Aduh lagi..seganlah macam ni..Tapi takpe, alang-alang dah sampai takkanlah nak blah macam tu je kan? That's rude ok..then, kena stretching lari-lari dalam dewan yang sangat sejuk tu plus aku just pakai t-shirt lengan pendek..Walaupun aku banyak lemak, STILL menusuk ke tulang ye..huhu.Itu maknanya aku tak gemuk sangat, which means boleh makan suka hati lagi.heheh

Lepas tu, dia ajar kitorang asas inang, zapin and joget..and aku sangat fond dengan zapin. Memang dari dulu lagi. So bila dia ajar zapin tu sungguh-sungguh bukan main.haha..Lupa nak kenalkan korang-korang yang comey kat pengajar kitorang..Ok si handsome ni, kitorang panggil dia Abang Amir. Dia sangat penyabar bagi seorang yang panas baran. Kitorang ni nak kira "5,6,7,8" pun mute, dia yang kirakan. Manja sungguh kalian-kalian ni..hehe. Itu minggu first, second week dia ajar zapin je. Dia ajar Zapin Pekajang then kitorang dibahagikan 3 kumpulan..Aku first group, diod and mek yam plak 2nd group. Next weeknya dia cakap pengetua kolej nak tengok kitorang perform. I was like "perform?!depan sugar dad pengetua?!" owh SO NO-NO! Takpe, hidup kena confident.

kredit to xixi sebab jadi camera man..

Next weeknya which is semalam, kitorang pun dah get ready..practice bagai nak rak ni. Siap pinjam baju penari team kolej lagi. Tiba-tiba abang Amir kata tak payah tukar baju,pakai t-shirt je sebab takde VIP."fuhh..leganya~" That last session dia ajar lagi 2 step untuk zapin pat lipat plak. Then perform koreograf baru depan dia. Mula-mula memang pening, asyik terlupa step yang mana. But then seronok and kitorang yang kempunan nak pakai baju tarian ni, meragamlah dengan macam-macam pose bila dah balik (sanggup)

geng kiter-kiter je...


Sunday 3 April 2011

My best friend's wedding

hola semua..entri kali ni sebenarnya dah lama..tapi baru sekarang nak post. Bila tengok blog orang lain ada cerita pasal wedding best friend diorang, aku terpikir, "a'ah ek..tak cerita pun pasal tu". Kebetulan tengah ada mood nak post kan?

kt bilik pengantin..she is beautiful isn't she? =)
yeah, itulah kawan baik aku. Berkawan since sekolah lagi. Seorang yang sangat tegas dan berfikir panjang. DAN, dia SANGAT obses suka makan telur even masa makan berdamai. haha..oklah,aku cerita ikut flow ye.

Majlisnya 6 Mac lepas, hari ahad. Bernikah pada pukul 9 pagi kat masjid Desa Cemerlang. Aku naik kereta dengan family aku sebab nak angkut hantaran. Hantaran Huda (my best friend) semuanya parent aku yang buat termasuk sirih dara.*flattered* Masa nikah, aku duduk belakang Huda je. Tak berkelip mata sebab tak nak terlepas even a second pun saat tu. Seronok, happy plus lega. Heh, macam aku plak ayah dia kan? Alhamdulillah, dengan satu lafaz je diorang dah sah sebagai suami isteri. Pak imam kata, "buat macam biasa" kat Napi. Well, inilah yang buat kitorang pecah perut pagi tu. Belum sempat photographer ambil gambar Huda cium tangan suami dia, Napi dah nak cium dahi Huda. Tok imam cakap, "bawak 'bersabar' ye.." semua dah ketawa berdekah-dekah time tu.Napi..Napi..hehe.And then, mulalah babak bersalam-salam..Tak tahulah kenapa, tapi aku menangis sekali. Menangis gembira agaknya..sebab aku pun tak faham perasaan time tu.

Napi balik rumah semula, datang untuk majlis pukul 3 nanti. Memang agak lambat sebab Huda nak sanding lambat. Tunggu lepas zohor katanya..=) Tetamu mula datang start pukul 11 pagi lagi. diorang ingat pengantin bersanding tengah hari. Adik-adik aku sibuk tolong angkatkan pinggan-pinggan yang kotor.Ada karaoke sekali time tu. Kesian tengok takde orang layan pakcik dj tu, aku dengan member-member pergi nyanyi. Huish malu...First time nyanyi kat tempat open..Confident je suara sedap kan??haha..And then member time sekolah makin ramai yang datang..Kitorang memang jumpa time wedding je..so mulalah celoteh-celoteh..Ada yang sanggup tunggu sampai waktu bersanding..Aku plak sibuk sebab pengantin lelaki tak sampai lagi padahal hari dah nak hujan. mak Huda jangan cakaplah, macam lipas kudung dah ke hulu ke hilir. Dalam pukul 3 lebih, pengantin lelaki sampai..aku and member-member buat tol dekat degan Huda. Tak silap aku, ada dalam 4 tol semuanya..Kopaklah kau Napi..haha
tol maju..hulur je tangan,semua dapat.tak payah pantun mantun dah..haha
Huda plak dah tunggu dekat pelamin..sampai je dekat tol aku, time tulah nak hujan..memang saja je..Pendekkan cerita,diorang pun bersanding..Huda minta aku tepung tawar..aduh!Pegang tepung pun jarang,nak tepung tawar? Aku pun dengan muka confident pergi jelah naik atas pelamin. Risau jugak runtuh pelamin tu..huhu..Dengan penuh semangat aku renjis kat muka Napi, tapi takde air pun..Napi dah pejam mata dah.haha..Lepas tepung tawar, mulalah sesi bergambar..
baju 1st..semua orang terkejut tengok Huda..sebab sangat lain..

baju 2nd..
And then macam biasalah ada makan berdamai and potong kek..time makan berdamai aku tak sempat ambil gambar..Yang penting, dia seboleh-boleh nak telur juga..hehe..Masa sesi potong kek, Huda buat muka, "tak sedap" Semua gelak..aduh..buat-buat je;ah sedap sayang oii..Mahal tu..Tapi memang kek tu sangat keras..Nak potong pakai pisau plastik kek tu pun tak lut..pergh..betapa..
yum..yum..dalam dia coklat tau..
lepas tu bolehlah dikatakan majlis tamat..aku bz lagi time tu..tukar baju semua..penat..esoknya 1 hari aku tak pergi kelas..Tidur memanjang..Mimpi kahwin..hahaha




Saturday 2 April 2011

shortcut

hye guyz..sori sangat sebab dah lama tak post pape. takde mood and takde 'feel'.cewahh..(padahal pemalas)
eheh..so,entri kali ni pasal shortcut. Korang yang comel-comel (sebab korang baca blog aku) janganlah tersalah anggap ye. Ini bukan pasal jalan shorcut nak ke kelas or yang seangkatan dengannya.hoho.. So,meh aku cerita what is this 'shortcut' is about. 

Tadi,macam biasa, on fb. Tiba-tiba nampak budak yang selalu lepak kat cc dengan aku and keluang. Sembang-sembang joyah dengan dia kejap, lepas tu dia bagitau yang dia ada form band. aku macam; WOW~~band??as in band?( what the hell am i saying?!) aku ingatkan dia nak april fool aku je. Tapi dia kata, "takde maknenye!"
ades..free je dapat tanda seru kan?heh..

ok, so aku interviewlah dia serba sedikit. disebabkan aku TERoverexcited ('ter' je ye..tak sengaja), dia kata, 'ko jadi managerlah'. huish adik, ingat senang nak jadi manager?? subjek marketing pun tak lepas lagi dik oi..macam mana nak marketkan korang??yeah, aku tak habis lagi ambil marketing. Still in progress ye,harap maklum.. Sebagai kawan yang sangat baik merangkap bekas kakak ipar (sebab dia pernah couple dengan adik ipar aku), aku pun tolonglah promote band diorang Shortcut di blog aku yang tak berapa ada follower ni..

Aku agak berbangga sebab aku adalah blog pertama mungkin yang tulis pasal diorang. Kenapa aku rasa band ni boleh naik? sebab vokalis dia merangkap bekas adik ipar aku tu, suara dia memang sedap tahap terngiang-ngianglah kalau dengar. Rupa-rupanya top band kat taman diorang. oklah tu dik, pelan-pelan kayuh.. lepas ni datang taman akak plak ye..sebelah je,tak sampai 5 minit. owh teringat masa kerja kat cc dulu. Dia ni suka request song sebab aku yang control semua speaker kat cc tu. So,barang sesiapa sahaja yang berani-berani buka lagu yang aku rasa berdarah telinga nak dengar, maka mute lah speaker tersebut..HAHA..lagu favourite dia yang sekarang dah jadi lagu favourite aku; Pelita by A.P.I

Dari tadi aku asyik cakap 'dia' gitu 'dia ginilah. Siapa dia tu? for sure korang tak kenal..Tapi takpe, aku kenalkan. tak rugi kenal dia..Waktu awal-awal aku start kerja, semua orang panggil dia kyox. Time tu, dia sangatlah suka memekak dalam cc. orang lain tak boleh bukak speaker kuat-kuat, dia je boleh.banyak diva kau kan time tu. Tapi semua pun macam dah tahu je perangai dia so tak kisah. Bila dah lama-lama kerja, baru aku tahu nama betul dia,Azizul.comel sungguh nama awak ek.hehe.setiap hari dia mintak aku pasang lagu pelita tu. time tu memang loya tahap morning sickness dah dengar lagu tu. Tapi bila dah tak kerja, asyik teringat je kat kyox setiap kali terdengar lagu tu.sob..sob..

dia sangat pemalu..kena umpan dengan game baru bagi aku snap 

dalam band tu, dia adalah vokalis dan pemain gitar. aku kurang tahu pasal band ni. so tak pasti gitar apa yang dia main. ke pemain gitar kedua? maksudnya apa tu?huhu..takpelah, nanti tanya balik kt kyox..total ada 5 orang semuanya. yang lain-lain tu pun selalu datang lepak cc dulu tapi aku tak berapa ingat nama.diorang low-profile tak macam kyox kih2. ok,yang aku dapat kenal pasti adalah lagi sorang..nama dia syazani ismail. aku tak ingatlah orang biasa panggil dia apa..
aku cilok dari fb dia..ampun..tak sempat nak minta izin
Menurut vokalisnya, (ada gaya reporter tak?hehe) setakat ni diorang memang belum ada lagu sendiri. sekarang ni setakat main lagu orang je..and dalam cubaan nak bat lagu. cita-cita tinggi rupa-rupanya adik-adik aku ni semua. i'm looking forward for their progress and hopefully they will be well-known succeed! kata kyox, dia nak masuk radio, barulah boleh terkenal macam hujan. Matlamat dah ada tu dik, teruskan and jangan cepat putus asa tau!!

maaf kepada ahli Shortcut yang lain sebab tak mention korang..nanti tanya kyox balik ye..