Saturday 3 November 2012

You are MY GOOGLE


Aku dah penat dengan hidup
berjumpa macam-macam orang
variasi ragam
mereka ni buatkan aku kenal semua rasa
sedih, bahagia, marah, cinta, rindu, cemburu
bertemankan kawan-kawan yang sentiasa ada
di depan, belakang dan tepi
kita bergerak sekali
sedar tak sedar sebenarnya kawan lindung kita
dari rasa sakit dunia
bila dengan mereka, tak pernah terdetik akan penat dengan hidup
tapi sekarang...
bukannya aku dah tak berkawan dengan sesiapa
tapi hidup tu unik
dulu bergerak sekali
sekarang, aku di sini, kau di sana
aku rindu kau, kawan
apa yang aku tak dapat di sekolah dan di rumah
kau akan dapatkan
dengan gaduh kita, ketawa kita, nangis kita
banyak kita lalui sama-sama, kan?
bila aku tergelincir dari hidup,
kau gelakkan aku
aku sakit hati
ingatkan kau akan papah aku balik
tapi cara kau lain
rupanya rasa sakit tu naik taraf jadi kekuatan
supaya lepas ni, walau tanpa kau
aku boleh bangun sendiri
kita dah tak sama
kalau aku perlukan kau
kau akan hulurkan tangan tak?
sebab aku dah penat
hati ni dah hilang tongkat
asyik terjatuh dan sakit sendiri
aku takut, kawan
takut nanti lama-lama hati ni mati
hanya kerana mainan perasaan sendiri
tak kisah walau jauh mana kita menyimpang
aku yakin kau ada
bila mana aku kata, "tolong aku"
kau sentiasa balas "boleh"
walau apa masalah aku campak pada kau
kau sentiasa sediakan pilihan untuk aku
kata kau, "hidup kau, yang pilih harus kau juga"
macam GOOGLE


No comments:

Post a Comment

what do you wanna say?