Monday 18 July 2011

hanya seketika...

16 may 2011
juz like me on my 1st day..

Hari ni hari pertama aku bergelar pelatih di sini. Dengan 1 nafas berat aku hembuskan, tak pasti apa yang menanti aku di sebalik tembok besar itu. “aal is well..aal is well..” gumamku menenangkan diri sendiri. Kata-kata yang dipetik dari sebuah filem bollywood itu benar terkesan dalam hidup aku. 3 perkataan itulah ubat penenang setiap kali aku digugat hidup.

“praktikal kat sini?baru masuk hari ni?”soal jaga di hadapanku.
“ye, cik” aku tersenyum.

Selepas menyerahkan IC, aku diberikan kad pelawat bernombor 007. Aku tersenyum lagi. “wah, petanda ni” aku tertawa dengan gurauku sendiri. Hari pertama, aku diminta mendaftarkan diri di blok 5,tingkat 3. Sejujurnya aku sudah lambat. Aku menekan butang anak panah ke atas. Di sebelah aku, seorang staf juga sedang menunggu pintu lif terbuka.

Ting!
“tingkat satu” Lif itu bersuara
“wah...lif ni ade suara!”kataku dalam hati. 

Aku terpesona seorang diri. Kekadang aku merasa seperti pelanduk masuk kampung. Semuanya membuat aku ‘jakun’.
Sampai saja di atas, aku melihat pelatih-pelatih lain masih lagi menunggu di luar pintu. Kebanyakannya dari tempat yang sama aku belajar. Sebenarnya, mereka rakan sekelasku, tapi aku tak pernah rasa begitu. Dekat tapi tak rapat. Semacam ada sempadan antara kami. Sempadan dunia aku dan mereka.
Lebih kurang jam 9 pagi. Kami dipanggil masuk ke dalam satu bilik mesyuarat dan diberi taklimat serba sedikit mengenai waktu masuk kerja dan etika berpakaian. Sepanjang taklimat tersebut, 1 perkara saja yang aku ingin tahu; elaun.

“Kalau dalam offer letter tak ada sebut pasal elaun, means awak tak dapat elaun”


Huh...aku mengeluh. Terpancar riak kecewa di wajahku. Nampaknya aku kena cari kerja. Dalam diam aku membuat keputusan.
Aku ditempatkan di blok 19, bersama-sama dengan 10 orang rakan sekelasku yang lain. Seperti biasa, aku membawa diri  memikirkan bagaimana hendak ke blok yang aku sendiri tak tahu di mana.

“dila, naik dengan kitorang sekalilah” tawar dia; orang terakhir yang aku harap menegur aku
“aaa...ok..”aku senyum. 
Cuba menyembunyikan rasa kekok yang teramat dalam hati ni. Nasib baik empunya kereta ialah seorang yang aku terima sebagai rakan. Aku berdiam diri sepanjang dalam kereta. Terasa seperti dikelilingi bom, bergerak sedikit maka aku ghaib dari dunia. Aku sangat tidak senang dengan rasa ini. Ah, cepatlah sampai...
Akhirnya aku berjaya keluar dan bernafas kembali. Duduk menunggu di lobi sementara supervisor aku datang menjemput. Sedang aku leka seorang diri, seorang perempuan bertudung ekspres warna hijau pudar sampai ke lobi. Dia supervisor aku rupanya. Aku cuma menuruti langkahnya yang seperti hendak berlari mengejar masa. Akhirnya dia membawa aku berjumpa Kak Rafidah. Kak Rafidah membawa aku ke makmal dan memperkenalkan aku dengan semua.

Makmal itu kecil. Tidak sempit tapi kecil. Seperti sebuah gua yang punya bermacam kelengkapan.  Masuk saja ke dalam makmal, aku ternampak 3 orang kaum hawa. Dari gaya mereka, aku dapat agak mereka lebih kurang seusia denganku. Rupa-rupanya mereka juga pelatih di sini cuma program dan U berbeza.
Aku diberi penerangan serba ringkas tentang projek aku selama di sini oleh Kak fida. Aku bersemangat dan tak sabar belajar benda baru di sini. Kak Rafi memberikan aku 4 helai kertas mengenai projek aku.

“ Ni reference and protocol. Baca dulu n pahamkan ye. Nanti kita buat discussion after dila dah pahamkan ni,” terang Kak Rafi

Aku mengangguk tanda paham dengan rasa semangat yang semakin berkobar-kobar. Aku duduk dan baca helaian pertama yang penuh dengan perkataan-perkataan seakan bahasa alien bagi aku. Baru sahaja 10minit, mata aku sudah berbinar, tak sabar nak memejamkan mata. Semangat yang baru tapi aku masih sama,tidak betah duduk diam,fokus membaca. Itu memang bukan aku!
sah bukan aku

No comments:

Post a Comment

what do you wanna say?